Thursday, November 22, 2007

Janin | Habis Pengambaran

Alhamdullilah, filem Janin sudah pun selesai pengambaran di Melaka. Sudah 3 minggu rasa nya. Pada mulanya tak sabar nak beraksi depan camera, pertengahan produksi pulak tak sabar nak habis, akhir produksi "Dah nak habis ke? " Nak buat camne dah habis! wrap! Jom baling tepung!!! Itulah suasana nya. Sebab semua cast & crew stress. Have fun! Enjoy! Dah Haaabis....

4 minggu merupakan pegambaraan yang penuh cabaran dan dugaan di tempuhi. Shooting bulan ramadan (alhamdullilah lah sebab banyak setan kena kurung) selamat lah sket insya-allah.

Pelbagai aksi-aksi lari dalam hutan tgh malam, jumpa toyol kat hutan lagi, dengan special effects Ella Sandera, berdarah-darah eh jap..berlumuran darah-darah. Seronok mmg seronok, kerja tetap kerja. Jadi tunggulah tahun 2009 biler Grand Brilliance releasekan date di layar perak.

Nervous? Selagi tak habis kuar wayang, memang nervous. Apa sebab? Lakonan? Jalan cerita? Tapi saya percaya director Yeop mampu menghasilkan yang terbaik. Oh yeah, jangan lupa saksikan filem arahan pertama Yeop Hitler Zami, Dunia Baru The Movie.

Nak tgk gambar? Nah Galeri gambar-gambar bersama artis-artis Janin di Melaka.

Sape jer yang berlakon dalam filem nih. Macam banyak orang baru jer? Ramai yang baru dan yang veteran. Hairi Othman and Eja leading, Pak Uda (Zami Ismail), Kuswadinata, Ghazali Buyong, Zulkifli Zain, Kisma Johar ... Yang baru pula, Riz Ainuddin, Alak, Amir Farhan, Fikhree, Yasmin Isa, Fynn Jamal (Yang dalam Anak Pontianak tuh), Rahilla.

Semoga filem nih meletup. ;)

Labels: , , , ,


0 Comments:

Post a Comment

<< Home